Saya, awak, dan kita semua. Mana ada yang sempurna :)

Assalammualaikum cinta hati, cinta dan cinta :) 
Allah. Nabi Muhammad. Keluarga. Sahabat-sahabat♥



Kita manusia. Selalu ada silap. Belajar dari kesilapan.

Saya bukanlah manusia sempurna yang tak ada buat salah langsung. kita sesama manusia kena sentiasa saling mengingati. Kita lupa orang ingatkan. Orang lupa kita ingatkan. Tu guna ada keluarga, kawan-kawan. Benda-benda yang saya post tu. Kalau rasa ada yang tak kena dan salah. Minta maaf sangat. Kita manusia berusaha menjadi lebih baik hari demi hari. Siapa tak nak redha Allah.
Ya Allah, bila cakap pasal kiamat. Takut sangat. Tapi bila entah diri ini nak berubah. Agar kita semua dalam redha Ilahi. Ameen. Kita terlampau cintakan dunia. Sampai lupa akhirat. Dunia ni buatkan kita lalai. Padahal kita nak hidup selamanya kat akhirat nanti. Dunia ni sementara je. Macam mana agaknya cara kita meninggal dunia nanti? Macam mana cara kita hadap Allah nanti? Dah bersedia ke kita? Amalan ni dah cukup ke? Neraka atau syurga? :(
Kita manusia akhir zaman. Ya Allah. Semoga kita sentiasa dalam redha Ilahi. Ameen.
Semoga akhir nafas kita dalam keadaan beriman. Bukan dalam keadaan sedang lakukan murka Allah. Ingat, Hidayah milik Allah. Jangan putus asa menasihati antara satu sama yang lain. Kalau orang tak dengar pun tak apa. Allah tahu apa kita buat. Kalau nak cakap, saya ni belajar tinggi sangat ke. Dah bagus sangat ke pasal agama. Biarlah Allah sahaja yang tahu. Kalau salah. Tolong tegur. In shaa Allah. Saling menasihati. Salah boleh kita baiki.
Biarlah dunia tempat kita berpenat. Akhirat tempat kita berehat. -Arwah Ahmad Ammar♥

Thanks♥

Ibu Bapa

Assalammualaikum. Selamat sejahtera. Salam 1 Malaysia. Salam kasih sayang :)



Ibu Bapa :)

Kita selalu tak hargai apa yang kita ada kan. Betul tak? :)
Contohnya, kita lebih pentingkan boyfriend/girlfriend dan kawan-kawan. Sebab apa? Sebab rasa diaorang sentiasa ada susah senang kita dan bila kita nak luahkan perasaan tu ada. Berbeza sangat Ibu bapa kita dengan mereka. Ibu Bapa kita tak boleh ditukar ganti. Pakwe/makwe dan kawan-kawan memang ada masa susah senang kita. Tapi cuba kita cerita kat Ibu Bapa kita. Mesti mereka nasihatkan kan kita. Cuma kita je fikir Ibu Bapa kita sibuk. Sekarang kan dah maju. Whatsapp semua kan dah ada. Kalau Ibu Bapa yang tak ada whatsapp semua tu. Call je. Tak rasa ke, sekarang kita lebih sibukkan cara hidup kita. Tak salah nak berkasih sayang dengan kawan-kawan. Tapi berpada-pada. Ni sampai khabar Ibu Bapa kita tak kita tak tahu. Entah dah makan ke tak. Dengar cakap sikit pun tak nak. Dah melenting kalau kena nasihat. Sabar lah. Fikir tak masa Ibu Bapa kita besarkan kita macam mana. Dari kecil sampai sekarang. Payah mereka macam mana semua. Fikir tak? Ye, kadang-kadang Ibu kita suka membebel. Sebab Ibu kita dah tahu mana baik dan buruk. Sebab tu banyak sangat pantang larangnya. Kalau ayah kita marah, jangan melawan. Ayah kita nak lindunngi kita. Macam-macam sebab Ibu Bapa kita tegur kita. Kalau tegur.  Sayang lah tu. Cara Ibu Bapa kita macam tu bukan nak tengok salah kita. Takk!! Mereka nak yang terbaik. Untuk anak-anak mereka juga.

Entahlah, kalau rasa bf, gf dan kawan-kawan lebih penting. Sampai abaikan Ibu Bapa kita. Selagi ada Ibu Bapa hargai. Ada orang yang kurang bernasib baik. Dari kecil dah yatim piatu dan macam-macam lagi. Siapa yang ada Ibu Bapa lagi tu. Tolong hargai. Tolong hormat. Macam mana pun ibu bapa kita. Tetap hormat. Macam mana orang nak hormat kita. Kita sendiri tak hormat ibu bapa kita. Fikirkan :')

Thanks♥

Berubah, berubah dan berubah :)

 Assalamualaikum.  Selamat Sejahtera dan salam 1 Malaysia.



Bismillahirahmanirahim♥

Dah lama tak tulis blog. Yang tu semua post lama tu. Dari sebelum Spm. Sekarang dah
 17/10/2014. Banyak benda nak kongsi. Harap apa yang saya kongsi ni dapat memberi manfaat dan pengajaran. Apa yang saya kongsi ni sekadar cerita atau pengalaman. Biarlah rahsia :)

Nak berubah menjadi lebih baik. Bukan senang. Perlu usaha. Kita semua manusia ada buat silap. Yang lepas tu biarlah jadi pengajaran dan kenangan. Sebenarnya apa yang jadi. Semua ada hikmah. Okay, sekarang nak mula cerita ^^

Masa zaman sekolah. Zaman tu lah yang paling seronok. Sebab masa tu kita belajar, dengar cikgu mengajar, jumpa kawan-kawan dan macam-macam lagi. Tapi sebab sibuk fikir nak seronok dan seronok. Sampai lupa diri. Langsung tak fikir Mak Ayah suruh pergi sekolah. Suruh belajar. Dah bertahun dah sekolah. Tapi sia-sia kan macam tu je. Memang ada Mak Ayah yang kata macam ni "Okay lahtu. Lulus pun okay" Tapi kita tahu tak Ibu Bapa kita letak harapan tinggi dekat kita. Tipu tak ada rasa macam tu. Jadi siapa yang sekolah lagi tu. Hargai setiap saat dekat sekolah tu. Tak salah nak berseronok. Tapi berpada-pada. Terfikir tak? Ada orang yang nak pergi sekolah pun susah. Nak belajar sangat-sangat. Tapi kita yang dapat sekolah ni. Sia-sia kan macam tu je. Kita ni hidup sekali je. Masa pun berjalan. Bukan tunggu kita pun. Kita yang kena kejar masa.

Bukan kata orang yang tak berjaya masa sekolah ni tak boleh hidup. Boleh!! Cuma kita fikir tak? Ibu bapa mana tak nak tengok anak-anak dia berjaya. Masuk Universiti, pergi belajar sana sini. Tapi takpelah, selagi kita hidup. Peluang tu ada. Kita kena usaha. Yakin pada rezeki Allah. Rezeki Allah kan luas :) Jadi, tunggu apa lagi sayang?  Cepat-cepat berubah. Tak payah  tunggu nanti-nanti. Percaya lah. Sebab asyik tangguh je kerja kita. Mesti kita menyesal suatu hari nanti. Ingat! Kita hidup kat dunia ni ada tanggungjawab. Besar sangat tanggungjawab kita. Ye, nak berubah tu bukan senang. Sama sama kita usaha. In shaa Allah. Kita tabah hadapi semua ni. Ingat, kita ada Allah. Satu jelah benda yang paling rugi. Bila kita sia-sia kan zaman sekolah tu. Kita tak dapat ilmu yang kita dapat di sekolah. Sangat rugi. "Allah tak marah kita tak pandai. Allah marah kalau kita tak pandai tapi tak nak belajar "^^ 

Allahuakhbar.
Berubah, berubah dan berubah. Buat azam baru, dan banggakan Ibu Bapa kita didunia dan diakhirat. In shaa Allah.




Yang Ikhlas, Atika Norhazri♥★

Thanks♥


 if I fall in love again
With someone new
It never be the way I loved you


Thanks♥


People change. Memories don't.

Assalammualaikum. Hi :)

Apa plan bulan 12 ni? Bercuti dengan keluarga, jalan-jalan dengan kawan dan apa-apa jelah. Semoga bulan 12 ni. Bulan yang lebih baik daripada bulan-bulan yang lepas. Hihi. Ramai yang dah kerja. Tapi bulan ni aku tak nak kerja. Lepas balik PLKN jelah kerja. Bulan 12 ni luangkan masa banyak-banyak dengan keluarga, kawan-kawan sampai lebam. Hahahhahaaa. Tahun depan mungkin dah sibuk kan. Yela, diaorang pun dah sibuk sangat. Macam sedih je. Hmmmm :)

Nanti semuanya mesti berubah kan. Ohhh, nanti rindu sangat zaman persekolahan. Hahahhahaaa, tak habis-habis. Pergi PLKN tu 3 bulan. Macam mana agaknya eh? Hihi. Ibu kata tak payah bawa phone. Huhuuu. Tapi kak Maya kata boleh je bawa phone. Mana-mana jelah. Boleh bawa ke tak. Redha jelah :p Hihi.

Bubyeee. Take care. I love you. I will miss you.

Thanks♥

SMK Taman Seri Rampai. 5 Seni Visual :')

Pelajar perempuan 5 Seni Visual


Assalammualaikum. Hi :)

Ni masa solat hajat untuk SPM 2013. Tahun ni tahun terakhir dekat sekolah. Nanti mesti rindu nak kena marah dengan cikgu, ini itu dan apa-apa lah. Hihi. Masa sekolah nak cepat habis sekolah. Bila dah habis sekolah nak sekolah lah, nak rindu lah. Hihi. 


Fatihah, Azwa, Cikgu Tengku, Ain Mohd, Shahira, Nabila, Syazalina, Atika, Syafiqah, Ain Samsudin, Theresa, Azizah :)
Thanks♥

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin :)

 Cahaya ramadhan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.



                                                                                                     Ikhlas daripada,
                                                            
 Nurul Atika Shahira Binti Norhazri

Thanks♥

Selena Gomez_ The way I loved you

Everything's cool, yeah
It's all gonna be okay, yeah
And I know,
Maybe I'll even laugh about it someday

But not today, no

Cause I don't feel so good
I'm tangled up inside
My heart is on my sleeve
Tomorrow is a mystery to me

And it might be wonderful

It might be magical
It might be everything
I've waited for,
A miracle Oh, but even if I fall in love again
With someone new
It could never be the way I loved you

Letting you go is

Making me feel so cold, yeah
And I've been trying to make
Believe it doesn't hurt

But that makes it worse, yeah

See, I'm a wreck inside
My tongue is tied and my

Whole body feels so weak

The future may be all I really need

And it might be wonderful, yeah

It might be magical, uh oh
It might be everything
I've waited for, A miracle
Oh, but even if I fall in love again
With someone new
It could never be the way I loved you

Like a first love,

The one and only true love
Wasn't it written all over my face, yeah
I loved you like you loved me (Oh)
Like something pure and holy
Like something that can never be replaced

And it was wonderful,

It was magical,
It was everything
I've waited for, A miracle
And if I should ever fall in love again
With someone new Oh,
It could never be the way No
It will never be the way
I loved you


Thanks♥

4 Seni Visual(2012) 5 Seni Visual(2013)

Assalammualaikum dan salam satu Malaysia :)




Banyak betul kenangan dekat Smk Taman Seri Rampai. Lagi 4 bulan nak SPM. Lepas ni, mana ada kena buat kerja sekolah lah, basuh kasut sekolah dan semua lah pasal sekolah. Mesti rindu punya. Lagi-lagi masa kena marah dengan cikgu. Ya Allah, sekejapnya rasa. Bila tengah sekolah rendah, nak sekolah menengah. Lepas tu nak kerja. Nak cepat dewasa dan bebas. Haha :p Maksudnya berdikari macam tu ler. Okey, ni aku nak cerita pasal sekolah Taman Seri Rampai dan masa form 4, 5 Seni Visual. Kenangan banyak sangat. aku rindu nak dengar budak-budak lelaki dalam kelas tu buat lawak. Sekarang dorang dah tak ada kat sekolah tu. Serius, rasa sunyi sangat kelas tu. Kadang-kadang adalah jugak cengkerik datang kelas tu semata-mata nak buat bunyi cengkerik lah. Sebab sunyi. Hmmm. Benda dah jadi kan. Nak buat macam mana. Semoga korang jadi orang yang berjaya didunia dan akhirat. Amin :)
Thanks♥