Bismillahirahmanirahim♥
Dah lama tak tulis blog. Yang tu semua post lama tu. Dari sebelum Spm. Sekarang dah
17/10/2014. Banyak benda nak kongsi. Harap apa yang saya kongsi ni dapat memberi manfaat dan pengajaran. Apa yang saya kongsi ni sekadar cerita atau pengalaman. Biarlah rahsia :)
Nak berubah menjadi lebih baik. Bukan senang. Perlu usaha. Kita semua manusia ada buat silap. Yang lepas tu biarlah jadi pengajaran dan kenangan. Sebenarnya apa yang jadi. Semua ada hikmah. Okay, sekarang nak mula cerita ^^
Masa zaman sekolah. Zaman tu lah yang paling seronok. Sebab masa tu kita belajar, dengar cikgu mengajar, jumpa kawan-kawan dan macam-macam lagi. Tapi sebab sibuk fikir nak seronok dan seronok. Sampai lupa diri. Langsung tak fikir Mak Ayah suruh pergi sekolah. Suruh belajar. Dah bertahun dah sekolah. Tapi sia-sia kan macam tu je. Memang ada Mak Ayah yang kata macam ni "Okay lahtu. Lulus pun okay" Tapi kita tahu tak Ibu Bapa kita letak harapan tinggi dekat kita. Tipu tak ada rasa macam tu. Jadi siapa yang sekolah lagi tu. Hargai setiap saat dekat sekolah tu. Tak salah nak berseronok. Tapi berpada-pada. Terfikir tak? Ada orang yang nak pergi sekolah pun susah. Nak belajar sangat-sangat. Tapi kita yang dapat sekolah ni. Sia-sia kan macam tu je. Kita ni hidup sekali je. Masa pun berjalan. Bukan tunggu kita pun. Kita yang kena kejar masa.
Bukan kata orang yang tak berjaya masa sekolah ni tak boleh hidup. Boleh!! Cuma kita fikir tak? Ibu bapa mana tak nak tengok anak-anak dia berjaya. Masuk Universiti, pergi belajar sana sini. Tapi takpelah, selagi kita hidup. Peluang tu ada. Kita kena usaha. Yakin pada rezeki Allah. Rezeki Allah kan luas :) Jadi, tunggu apa lagi sayang? Cepat-cepat berubah. Tak payah tunggu nanti-nanti. Percaya lah. Sebab asyik tangguh je kerja kita. Mesti kita menyesal suatu hari nanti. Ingat! Kita hidup kat dunia ni ada tanggungjawab. Besar sangat tanggungjawab kita. Ye, nak berubah tu bukan senang. Sama sama kita usaha. In shaa Allah. Kita tabah hadapi semua ni. Ingat, kita ada Allah. Satu jelah benda yang paling rugi. Bila kita sia-sia kan zaman sekolah tu. Kita tak dapat ilmu yang kita dapat di sekolah. Sangat rugi. "Allah tak marah kita tak pandai. Allah marah kalau kita tak pandai tapi tak nak belajar "^^
Allahuakhbar.
Berubah, berubah dan berubah. Buat azam baru, dan banggakan Ibu Bapa kita didunia dan diakhirat. In shaa Allah.
Yang Ikhlas, Atika Norhazri♥★
